Oxygen generator

Penjanaan oksigen secara langsung di tapak menggunakan penjana oksigen Inmatec


Ketulenan oksigen sehingga 95%

O2 Logo

Penjana oksigen mengurangkan kos dan menjamin bekalan oksigen yang berterusan

Bekalan oksigen tulen yang tidak diganggu adalah penting untuk pelbagai jenis proses. Pada masa yang sama, penjanaan oksigen yang tersendiri juga boleh mengurangkan kos anda secara signifikan. Apakah penyelesaian untuk penjimatan kos mampan yang masih tersedia untuk syarikat anda?

Pengeluaran oksigen di tapak membolehkan anda mengurangkan kos secara signifikan dan juga merupakan alternatif yang menguntungkan berbanding botol, berkas dan tangki yang mahal. Pulangan kos pelaburan selalunya akan diperolehi hanya selepas penggunaan dalam tempoh yang singkat. Anda akan memberi sumbangan terhadap kejayaan syarikat hasil penjanaan oksigen jimat kos daripada udara ambien secara langsung di tapak anda.

Pengeluaran oksigen di tapak juga melindungi anda daripada kekurangan oksigen dan masalah bekalan termasuk kerugian pengeluaran dan sekatan bekalan yang berkaitan. Selalunya memang sukar untuk kita memastikan penghantaran bekalan oksigen ke kawasan-kawasan yang terpencil dan dengan akses yang terhad. Pengeluaran O2 di tapak akan memastikan bekalan oksigen yang berterusan pada bila-bila masa, dalam apa jua kuantiti yang diperlukan dan tidak kira di mana saja anda berada.

Hasil teknologi yang inovatif dan berorientasikan masa depan, penjana oksigen kami memenuhi standard kualiti yang tertinggi. Hasil teknologi kawalan jauh yang digabungkan, semua nilai operasi boleh disemak dan dikawal dari jauh pada bila-bila masa. Ini akan memberikan keselamatan penuh dari segi bekalan oksigen dan semua proses pengeluaran anda.

Inmatec adalah pakar penjana oksigen dan pengeluaran oksigen di tapak di Malaysia

Sebagai peneraju pengeluaran penjana oksigen dan nitrogen, INMATEC mempunyai pengalaman dalam pemasangan di lebih 8,500 loji di seluruh dunia. Kami akan memberikan bantuan bermula daripada rundingan pertama sehinggalah pemasangan penjana yang disesuaikan mengikut keperluan anda dan penggabungannya ke sistem sedia ada.

Inmatec employees with generators
O2 Logo

Ketulenan oksigen

 

Ketulenan oksigen 93%

Oksigen dengan ketulenan 93% kerap digunakan dalam bidang-bidang berikut:

  • Pembiakan ikan
  • Rawatan air minuman
  • Pengekstrakan logam
  • Penghasilan kaca

Ketulenan oksigen 95%

Oksigen dengan ketulenan 95% terutamanya digunakan dalam bidang-bidang berikut:

  • Penggunaan dalam bioreaktor untuk pengilangan ubat-ubatan
  • Pengekstrakan emas
  • Bahan pemotong
  • Pengimpalan

Teknologi PSA

Udara dari persekitaran penjana dimasukkan ke dalam blok injap mengikut tekanan yang diperlukan melalui pengatur tekanan. Keadaan ini memberi tekanan udara secara automatik berselang-seli dalam dua bekas penjerapan yang diisi dengan penapis molekul karbon. Kedua-dua bekas ditukar berselang-seli daripada mod penapis kepada mod penjanaan. Hasilnya, molekul nitrogen dan karbon dioksida dari udara ambien dikumpulkan dalam satu bekas penapis sementara penapis tersebut dijanakan semula dalam bekas lain. Oksigen yang dihasilkan dengan cara ini dibawa ke sebuah bekas produk dan tersedia serta-merta. Proses penjerapan ayunan tekanan ini dengan fasa penjerapan dan penyahjerapan yang selari menjana aliran oksigen secara berterusan.

Menggunakan teknologi PSA, penjana oksigen daripada Inmatec boleh menghasilkan oksigen dalam kuantiti sekitar 0.50 Nm³ dan 2,000.00 Nm³ sejam.

Penjana yang disahkan

Penjana oksigen dan penjana nitrogen Inmatec dibangunkan dan dikilangkan selaras dengan keperluan pelbagai standard pengurusan kualiti:

Certifications

 

Adakah anda mempunyai sebarang soalan tentang penjana oksigen Inmatec?

Kelebihan penjana oksigen

IMT PO OnTouch / Oxygen generator
  • Peletakan dan pengeluaran oksigen di tapak
  • Bekalan oksigen tanpa gangguan di mana saja anda berada
  • Oksigen dalam kuantiti yang diperlukan pada bila-bila masa
  • Ketulenan tepat dalam setiap penggunaan
  • Kos yang lebih rendah berbanding silinder
  • Penjimatan melalui kos pengendalian yang rendah
  • Tiada pencemaran CO2 pada alam sekitar